Sunday, June 10, 2018

(13) menjadi pelarian


...baca dari awal
Walia terbaring pada rerumput lembut di kaki bukit kelelahan. Seluruh tubuhnya calar balar ditusuk selumbar dan kelikir tajam. Betapa peritnya menjadi pelarian.

Tanpa sedar sepasang mata memerhatikannya dengan sinis.

"ha³. Kasihan pendatang haram nyaris ditangkap kerana mencuri." satu suara garau mengejeknya.

Walia terperanjat. Ternyata suara itu datang dari seekor tikus yang agak besar, dan hodoh.

Walia tersinggung. Dia dipanggil pencuri? Senakal² dia di tempat asal belum pernah dia mencuri. Segala umbut lembut dan pucuk muda yang dimakannya dicari dengan kederat sendiri.

Pantang keturunannya mencuri. Tuduhan mencuri itu lebih teruk daripada dikalahkan arnab dalam perlumbaan dulu.

"jangan cepat tersinggung. Simpan luka tu dalam hati. Di sini kita bukan siapa² pada manusia. Yang penting perut diisi." tikus hodoh  mengajarkan.

Walia diam mendengar. Baginya senior harus dihormati walau berlainan bangsa.

"oh ya. Kau spesis comel dan mungkin tidak dihalau macam aku. Tapi ingat, daging kau enak bagi manusia." tikus besar itu menambah, sinis.

Mendengar itu Walia terasa ngilu sampai ke tulang. Dia pernah mendengar cerita tentang pemburu yang menembak arnab atau menangkapnya hidup². Bagi memudahkan manusia membawa arnab itu pulang, maka disembelih di situ juga dengan belati yang tajam.

Walia membayangkan belati tajam memutuskan urat merihnya.

...baca dari awal

No comments:

Post a Comment